Alangkah indahnya jika dapat bercuti dan bersantai di pulau sekarang ni kan? Tetapi malangnya kebanyakkan dari kita ada tugas yang perlu di lakukan. Kerja masih menggunung, deadline pula dah dekat. Itu merupakan tanggungjawab kita. Tetapi tak mengapa, hari ini ZL ingin memberi idea percutian yang mungkin boleh memberi inspirasi buat anda. Dalam artikel ini ZL ingin konsikan 4 pulau tercantik di dunia yang harus anda lawati. Sama-sama kita mengagumi keindahan alam semulajadi ciptaan Allah ini.
1. Pulau Bora-Bora
Pulau Bora-Bora merupakan satu diantara gugusan pulau yang terdapat di Polinesia. Perkataan Bora-Bora ini datangnya dari bahasa Haiti “pora-pora” yang bermaksud “anak pertama”. Pulau ini terletak 230 kilometer di barat laut Papetee dan dikelilingi lagun biru dan terumbu karang yang cantik. Di tengah pulau pula terdapat dua puncak gunung berapi yang tidak aktif bernama Gunung Pahia dan Gunung Otemanu.2. Pulau Baros
Pulau Baros ini terletak di Maldives. Ia merupakan diantara pulau yang masih “dara” dan tidak diganggu. Pulau ini ditinggalkan oleh manusia ketika pemerintahan Maharaja Sultan Hassan Nooraddeen diatas sebab-sebab yang tidak diketahui. Keunikan pulau ini adalah pada kecantikannya dan keadaan pulau yang masih tidak diganggu oleh pembangunan pesat seperti pulau-pulau lain.3. Pulau La Digue
Pulau La Digue merupakan pulau keempat terbesar yang didiami manusia di Seychelles. Pulau La Digue mendapat namanya sempena nama kapal seorang pengembara Perancis yang bernama Marc-Joseph Marion du Fresne yang melawat Seychelles pada tahun 1768. Dipulau ini terdapat sejenis burung yang sangat unik dan terancam bernama Black Paradise Flycatcher. Cuma terdapat 100 ekor burung ini di dunia. Selain daripada pantainya, keindahan pulau ini juga dapat dilihat pada kawasan gunung dan payanya.4. Pulau Sipadan
Tidak lengkap jika tidak memasukkan pulau indah dari negara kita ini. Pulau Sipadan merupakan Pulau yang terletak di timur Sabah, Malaysia yang terkenal dengan habitat laut yang terkaya di dunia. Ia didiami oleh pelbagai haiwan marin yang cantik seperti penyu, batu karang dan ikan-ikan dari pelbagai spesis. Ia merupakan diantara tempat selam scuba yang paling terkenal di dunia.sumber : http://www.zonlelaki.com/4-pulau-tercantik-di-dunia-yang-harus-anda-lawati-gambar/
0 komentar:
Posting Komentar
silahkan mengirim /menulis pesan yg baik dan dengan kata-kata yg sopan jika menulis pesan yg tidak baik terpaksa kami harus menghapus pesan anda